“Ibu….dalam
perut ibu ada adik ya?” Lin bertanya ibunya. “Macam mana adik nak keluar nanti?
Lin dulu dalam perut ibu juga ke? Ibu….oooh ibu..! Jawablah!”
Ibu Fadhlin
Sakinah menggeleng kepala sambil meneruskan kerja di komputer ribanya. “Apa yang
harus aku jawab? Ya Allah budak ni banyak pula tanyanya!”
Anak-anak
kecil bertanya kerana didorong oleh rasa ingin tahunya yang besar terhadap
sesuatu, bekalan rasa ingin tahu ini memang telah ada sejak manusia lahir.
Kehebatan rasa ingin tahu inilah yang membuat bayi boleh merangkak, berjalan
dan berbicara. Selanjutnya rasa ingin tahu ini akan menentukan kualiti
perkembangan otak kanak-kanak. Kalau perasaan ingin tahu itu sentiasa
diselaputi dengan perkataan ‘tidak boleh’ anak-anak yang bijak akan bertanya
kembali “Kenapa tak boleh ibu? Kenapa?”
Kita munkin
megira bahawa anak-anak ini masih tidak tahu apa-apa. Kebijaksanaan otak mereka
tidak dapat menjangkau kefahaman alam semesta. Tidak seharusnya kita sebagai
ibu bapa befikiran begitu. Potensi anak-anak jangan sesekali di ambil enteng.
Ibu bapa yang rajin menyemai baja ke dalam potensi anak-anak mereka akan
mendpati pelaburan masa dan tenaga mereka akan dibalasi dengan kepintaran dan kecerdasan
si anak.
Di sini
izinkan saya memberi beberapa sebab yang menyebabkan kenapa anak-anak suka
bertanya. Di anataranya adalah anak-anak menunjukkan minat kepada peristiwa
atau pandangan sekitarnya. Kedua, kerana sikecil ini cuba mencari titik terang
supaya mereka dapat memahami penjelasan yang diberikan oleh kita dan yang
ketiga, kerana mereka ingin menarik perhatian.
Petanda
permulaan pemikiran kritis dan kreatif ialah apabila anak-anak bertanya mengapa.
Kita ibu bapa harus mempunyai beberapa ‘skil’ bila hendak melayani karenah
anak-anak bijak yang selalu ingin bertanya ini.
1. Sifat sabar
kita ni banyak kerja…. dengan kerja pejabat dan rumah lagi , malas
rasanya nak melayani taluan soalan dari anak bila mereka mula bertanya. Sabarla,
berikan sedikit masa dari masa kesibukan kita untuk melayani inkuiri minda
intelek mereka.
2. Jawablah dengan benar
Singkat kata , ibu bapa harus menjawab soalan mereka dengan jujur dengan
memilih bahasa yang mudah mereka faham. Respons yang baik akan membantu proses
berfikir dan pemahaman mereka kelak.
Seperti soalan apa di dalam perut ibu tadi. Jawab sahaja dengan jujur.
“Ya sayang, dalam perut ibu ada adik. Nah… kalau dah sembilan bulan akan keluar
adik bayi. Sama seperti bila ibu mengandungkan Lin dulu. Nanti kalau kita pergi
berjumpa doktor , barulah ibu tahu macam mana kita nak keluarkan adik tu ok.”
3. Ajak anak untuk mencari jawaban dari
pertanyaan yang sulit.
Jika persoalan itu kita kurang pasti bagaimana hendak menjawabnya, kita
berkata” Hmm, ibu tak pasti apa ya jawabannya, mari kita tengok buku siapa tahu
ada jawapannya kalau tak kita cari dalam google sahaja” atau “Esok kita jumpa
atuk nanti Iman tanyalah pada atuk soalan tu ya.” atau “Haa…soalan tu kita tanya
cikgu esok ok”. Dengan begitu si kecil akan belajar bahwa jika kelak menghadapi
masalah, dia akan mencari orang yang boleh membantunya memecahkan masaalah yang
dihadapinya atau membacanya dari buku atau internet.
4. Adakalanya tak perlu menjawab
Ini adalah khusus untuk pertanyaan ‘mengapa’ yang berhubung dengan
aqidah, akhlaq, ibadah sebaiknya kita mengajak mereka memahami pada menuruti
perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. “Ibu kenapa kita harus solat begini?” ”Kerana
itulah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w bagaimana kita harus solat pada Allah.”
5. Sediakan buku bacaan ilmu
pengetahuan dan islami untuk anak.
Ajaklah anak anak melihat gambar yang menarik dan berbincang mengenai
perihal gambar tersebut. Ajar mereka bertanya mengikut cara 5W dan 1H (what,when,where
,why,who dan how)
Seorang ibu
memulai bersenandung mengagungkan asma Allah sejak bayi dalam kandungan lagi.
Pada
usia muda anak anak harus diajar siapa Penciptanya dan kenapa mereka diciptakan
serta peranan manusia kepada tuhannya, Allah.
Seiring
dengan perkembangan kanak-kanak mereka akan bertanya tentang siapa yang
menciptakannya , di mana tempat penciptanya dan sebagainya. Saat itulah ibubapa
dituntut untuk memberikan jawaban tepat yang mengarah kepada keesaan Allah
sesuai dengan usia dan kefahaman mereka.
“Allah itu
di mana ibu?
Allah
bersemayam di atas ArsyNya.
Arsy tu
apa?
Arsy tu
singgahsana Allah, ianya di langit yang jauh dari penglihatan kita.
Tapi kata
ustaz Allah itu dekat dengan kita!
Arsy tu
tempat Allah tapi kita tak tahu rupanya bagaimana dan di mana. Allah itu akan
sentiasa dekat dengan kita kerana Dia sentiasa menjaga dan bersama-sama kita.
Kalau begitu
Allah tu banyaklah…ada di arsy, ada di rumah kita…?
Itulah
bedanya Allah dengan kita makhlukNya. Allah boleh melihat dan menjaga semua
makhlukNya tanpa bantuan apa pun. Sebab Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetaui,
Maha Bijaksana. Tapi kalau makhluq kalau ada 10 kedai harus ada 10 orang
menjaganya. Allah maha berkuasa, Dia boleh jaga semuanya.
Soalan yang
sering ditanya lagi oleh anak-anak
Allah itu
seperti apa Ibu?
Allah itu
kita tak nampak, seorang pun tak tahu macam mana rupa Allah kerana Allah itu
tak serupa dengan penciptaanNya. Tapi kita boleh merasakan adanya Allah dengan kita
perhatikan ciptaan ciptaan Allah di muka bumi ini . Manusia, bumi yang kita
tinggal ni, bulan, matahari semuanya adalah bukti Allah itu ada.
Pelbagai
lagi pesoalan-persoalan yang akan ditanya oleh anak-anak kita tapi sekadar
ruang yang terbatas ini tak dapat saya nukilkan lagi…InshaaAllah di lain
lebaran, panjang umur akan saya teruskan lagi nukilan mengenai persolan dari
anak anak kita yang pintar. Sama-samalah kita berdoa agar setiap soalan yang
diaju oleh sang anak, Allah akan memberi kita ilham cara yang terbaik untuk
kita menjawabnya. Wabillahitaufiq walhidayah.