Monday, 30 October 2017
Wednesday, 27 September 2017
Kisah & Luahan Perasaan Ibu (Zeeda Aziz), Anak Darjah 3 Ditampar Kuat Guru Sekolah
Tan Sri P. Ramlee lebih bijak dari seorang profesor. 40 tahun dulu dia dah tahu apa akan jd pada anak anak sekarang yg dididik oleh golongan cerdik pandai berbanding ibubapa kampung....itulah 'anakku Sazali...'
Assalamualaikum dear readers,
Entry kali ini saya ingin kongsikan sebuah coretan dari Puan Zeeda Aziz. Beliau telah memuat naik status di Facebook tentang anak beliau yang ketika itu berumur 15 tahun, ditampar oleh guru Bahasa Inggeris nya. Walaupun Facebook status itu ditulis pada tahun 2014, namun coretan tersebut masih lagi tular dalam kalangan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat am khususnya.
Anak aku darjah 3. Pernah ditampar kuat oleh cikgu. Dia tak cerita pun. Hanya selepas beberapa bulan, itupun sebab aku tanya samada pernah tak cikgu tampar atau pukul, barulah dia mengaku. Aku tanya, kenapa tak cerita kat mommy? Jawabnya, takut mommy marah.
Good! Ini betul2 anak mommy. That is how you learn about life, my son. Not every single thing nak mengadu pada mommy. Kalau jatuh calar pun mommy akan cakap “Alaa, sikit je. Not that bad.”
Anak-anak aku lebih takut aku dari guru mereka. Knowing that his teacher once slapped him, I hired her to be my kids private tutor. She meets my requirement. Tegas. Old school teaching method.
Kita hidup dalam dunia yang mencabar. Sekolah adalah tempat persediaan untuk menghadapi dunia akan datang. Jika setakat dirotan tampar pun nak mengadu dengan mak, nanti bila dimarah bos, merajuk berhenti kerja, balik kampung duduk dengan mak. Dasar tak boleh kena marah.
Aku tanya Danish hari ini, cikgu mana yg dia paling suka/admire. Without hesitation, Danish jawab, “My English teacher.” There you go. Hanya satu tamparan, meninggalkan kesan ke dalam diri dia, dan itu membuatkan Danish sangat berminat dengan kelas Bahasa Inggerisnya.
Ada ibubapa berpendapat hubungan anak dan ibubapa sepatutnya jadi seperti bff. Benarkah ada hubungan bff di zaman ini? Ibubapa balik rumah pegang smartphone, sibuk ber’whatsapp’ dan ber’facebook’.
Siapa bff anak? TV? Tablet? Siapa yang mendisiplinkan anak? Upin & Ipin? Permainan anak2 yang bersepah dikemaskan bibik. Siapa yg mendidik anak supaya menjadi lebih bertanggungjawab?
Beban ini kemudiannya ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Pelajar menjadi nakal kerana tidak dipedulikan di rumah. Namun, bila pelajar menerima hukuman, ibubapa bertindak seperti panglima perang datang menyerang. “Usah jentik anak aku, sebab aku sendiri tak pernah marah anak aku di rumah”.
Exactly!
Anak yang melihat kuasa ibubapa menekan guru mereka, mula rasa ego mereka mencanak naik. Guru dilihat seperti orang suruhan ibubapa mereka. Ada ibubapa mengherdik guru, mengatakan duit gaji guru adalah hasil dari pembayaran cukai ibubapa ini. Besar sekali lagak ibubapa. Semakin besar kepala anaknya nanti.
Jika kamu tak setuju dengan pemikiran aku, itu bukan masalah bagi aku.
Pada aku, tak semua orang mampu menyandang profession sebagai seorang pendidik. Sedangkan kamu seorang yg terpelajar pun, hantar anak ke tadika untuk belajar ABC, 123. Kenapa tak mengajar sendiri? Sukar bukan?
To all teachers, you have my respect. Dan aku akan cuba pastikan anak2 aku tetap menghormati dan mengingati jasa guru2 mereka supaya mereka sedar, tanpa guru, mereka tak akan jadi orang yg berilmu dan beradab.
“Bapak yang bersalah.. Bapak yang membesarkan Sazali dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Segala kemahuan Sazali bapak turutkan. Segalanya sudah terlambat” – Anakku Sazali
Monday, 21 August 2017
"Kenapa Tidak Boleh Marah Anak Kecil & Apa Kaitannya Dengan Anak Menjadi Tuan di Akhir Zaman?"
Assalamualaikum w.b.t.
Saya ingin berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh Prof Dr Rozieta Shaary atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu Rose. Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan melebihi 27 tahun. Beliau banyak berkongsi tips dan nasihat kekeluargaan khususnya bab parenting dan kerohanian melalui laman web beliau di iburose.com
"Kenapa Tidak Boleh Marah Anak Kecil & Apa Kaitannya Dengan Anak Menjadi Tuan di Akhir Zaman?"
Mereka sungguh suci! Kenapa kita tak boleh marah anak kecil & kaitannya dengan anak yang menjadi tuan di akhir zaman.
Satu soalan telah diajukan; degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum?
____________________
Pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang.
Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.
Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.
Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.
Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.
Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!
Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada AKHIR ZAMAN, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.
Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar MENGASIHI ibu bapa mereka.
Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.
Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.
Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.
Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.
Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.
SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.
Sesungguhnya ya, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.
Kredit: Prof Dr Rozieta Shaary @ babab.net

Little Hajj 2017 Facebook Page
Assalamualaikum semua
Tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita raikan Hari Raya Aidiladha. Saya yakin ramai pengusaha tadika, guru-guru dan ibu bapa mengambil peluang dalam masa yang ada ini untuk mendidik anak-anak tentang konsep ibadah haji dan korban. Sama-samalah kita doakan agar usaha yang dilakukan sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada anak-anak tentang rukun Islam yang ke lima itu.
Sekiranya anda ingin dapatkan perkembangan terbaru program Little Hajj, anda boleh ikuti Facebook Page Little Hajj di sini Pautan. Di situ kami juga turut kongsikan program Little Caliphs Little Hajj yang telah berlangsung di seluruh Malaysia.
Until next time :)
Tuesday, 1 August 2017
LITTLE HAJJ 2017 TADIKA LITTLE CALIPHS CATAT MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Shah Alam, 24 Julai 2017- Program Little Hajj 2017 yang berlangsung serentak seluruh semenanjung Malaysia telah mencatat Malaysia Book of Records sebagai Penyertaan Serentak Terbesar oleh Kanak-Kanak Untuk Simulasi Ibadah Haji Cilik melibatkan 5846 pelajar berumur 6 tahun pada 24 Julai 2017.
Program anjuran Little Caliphs International Sdn Bhd bersama Koperasi Ukhuwah Little Caliphs Berhad (KULCB) iaitu koperasi pengusaha-pengusaha Litttle Caliphs telah dirasmikan oleh YBhg. Haji Roslan Bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif LCISB di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.
Program Little Hajj 2017 adalah program simulasi perlaksanaan ibadah haji untuk pelajar-pelajar Tadika Little Caliphs yang berusia 6 tahun di seluruh Semenanjung Malaysia yang berjumlah 150 pengusaha dan sejumlah 212 tadika dibahagikan mengikut zon seperti yang berikut:
a. Zon Tengah (Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor)
- Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
b. Zon Utara ( Kompleks Sukan MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang)
- Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak
c. Zon Pantai Timur ( Kompleks Belia & Sukan Panji, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bahru, Kelantan)
- Kelantan, Terengganu & Pahang
d. Zon Selatan (Masjid Jamek An-Nur Pasir Gudang, Johor) - Johor
e. Zon Melaka & Negeri Sembilan (Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka)
Objektif utama perlaksanaan ini ialah untuk memberi pembelajaran secara praktikal atau secara 'hands on' yang dikendalikan secara simulasi seiring pendekatan 'Project Based Learning' yang dilaksanakan dalam metodologi pembelajaran 'The Little Caliphs Program'
Penyertaan bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja adalah seramai 4,324 orang pelajar iaitu 2,275 pelajar lelaki dan 2,049 pelajar perempuan. Manakala lebih 500 orang guru-guru Tadika Little Caliphs terlibat sebagai tenaga mutawwif dan juga sukarela yang membantu melaksanakan program ini.
Menurut Haji Roslan peserta didedahkan dengan keadaan sebenar iaitu sebelum dan semasa mengerjakan haji bagi memastikan mereka memahami mengenai konsep sebenar rukun islam kelima itu.
"Semua peserta memakai ihram dan urusetia turut menyediakan replika kaabah, kaunter imegresen, tempat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, Bukit Safa dan Marwah serta kawasan bertahallul"- kata beliau.
"Jika sebelum ini kebanyakan kanak-kanak menghantar ahli keluarga mereka seperti datuk dan nenek ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, namun hakikatnya tidak ramai yang mengetahui tujuan dan cara sebenar mengerjakan haji," katanya.
Little Caliphs sentiasa menyediakan ruang yang luas untuk anak-anak mempelajari sesuatu ilmu dengan cara yang berbeza, sesuai dengan zaman kanak-kanak yang aktif dan sering mahu meneroka dunia yang penuh dengan warni-warni ini. Moga-moga tersemat dalam hati mereka dan menyimpan impian besar untuk ke tanah suci Mekah kelak.
Keadaan cuaca yang begitu cocok dengan aturcara menandakan ada ramai orang yang bersolat hajat yang doanya diterima Allah.
Jelas sekali jawatankuasa penganjuran Little Caliphs Little Hajj 2017 yang dipimpin oleh Commander (B) Tuan Haji Mustafa Kamal bin Abdul Wahab dan timbalannya puan Hajah Hafizah Aliman telah menjalankan perancangan dan pelaksanaan program ini dengan cemerlang sekali serta mendapat sambutan dan kerjasama sekelian Tadika Tadika Little Caliphs di seluruh Semenanjung. Saya ucapkan syabas dan Jazakumullahukhairan kepada para AJK Little Hajj 2017 dan sekelian yang menyumbang.
Little Hajj dalam media
Alhamdulillah program Little Hajj telah berjalan dengan lancar. Apabila sesuatu acara besar berjalan lancar seperti yang dirancangkan dengan izin Allah ia bermakna di belakangnya ada suatu perancangan yang terperinci, sikap prihatin, taat mesyuarat, komitmen, pengorbanan, susah payah, teamwork serta usaha gabungan dari pelbagai pihak dari kakitangan LCISB HQ, Operators, guru guru, ibubapa, anak anak Little Caliphs, para penaja, media, kerajaan, RELA, dan sekelian yang terlibat.
Keadaan cuaca yang begitu cocok dengan aturcara menandakan ada ramai orang yang bersolat hajat yang doanya diterima Allah.
Jelas sekali jawatankuasa penganjuran Little Caliphs Little Hajj 2017 yang dipimpin oleh Commander (B) Tuan Haji Mustafa Kamal bin Abdul Wahab dan timbalannya puan Hajah Hafizah Aliman telah menjalankan perancangan dan pelaksanaan program ini dengan cemerlang sekali serta mendapat sambutan dan kerjasama sekelian Tadika Tadika Little Caliphs di seluruh Semenanjung. Saya ucapkan syabas dan Jazakumullahukhairan kepada para AJK Little Hajj 2017 dan sekelian yang menyumbang.
Little Hajj dalam media
- Arab News - Malaysian Children Parade in White Robes for Practice Hajj
- News Straits Times - Malaysian Children Parade in White Robes for Practice Hajj
- The Peninsula, Qatar's Daily Newspaper - Malaysian Children Parade in White Robes for Practice Hajj
Little Caliphs Semai Amalan Cintai Islam
Assalamualaikum wbt.
Para pembaca sekalian,
Saya ingin berkingsi petikan rencana MStar yang telah di tulis oleh Puan Afiqah Razali dua tahun yang lepas. Alhamdulillah semakin hari Little Caliphs telah mendapat tempat di hati para ibu bapa dalam pemilihan tadika untuk anak-anak. Terkini, Little Caliphs International telah pun mengembang sayapnya di Indonesia. Sambutan yang luar biasa, pendaftaran anak-anak semakin bertambah dengan adanya aktiviti dan program menarik yang turut mendapat sokongan dan liputan dari pihak media.
SUDAH menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak terutama hal-hal berkaitan agama sebagai bekalan hidup dengan amalan dan akhlak yang disegani.
Bagaimanapun, perubahan zaman mendorong pihak lain untuk turut sama melaksanakan tugas penting itu pada usia awal kanak-kanak.
Walaupun ia sesuatu yang tidak mudah, terutama pada usia seawal empat tahun, namun ada pihak yang mencabar keupayaan diri untuk memastikan anak-anak itu mula memahami agama dan seterusnya mempraktikkan amalan murni itu.
Namun, inisiatif yang dijalankan The Little Caliphs Program ini adalah langkah yang bijak dalam memupuk semangat cintakan Islam.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Litte Caliphs International Sdn Bhd, Roslan Nordin dan pengasas bersama yang juga isterinya, Sabariah Jamaluddin berkata, pada mulanya mereka berhasrat untuk buka tadika yang berkonsepkan islamik.
"Hasrat kami tercapai selepas membuka tadika di rumah sendiri di Seksyen 7, Shah Alam pada 2003," kata Sabariah yang juga Ketua Pegawai Akademik Little Caliphs International Sdn Bhd. The Little Caliphs Program menawarkan tujuh modul pembelajaran yang berkesan dan senang difahami bagi kanak-kanak seawal usia empat tahun.
Antara modul-modul itu ialah Pendidikan Islam, Teknik Membaca, Kosa Kata, Kemahiran Bahasa Inggeris, Matematik, dan juga Sains.
"Di sini, kami terapkan kaedah pembelajaran yang berlandaskan Islam," ujar pasangan usahawan berusia 51 tahun ini.
The Little Caliphs Program ini mula mendapat sambutan ramai ibu bapa setelah melihat kejayaan anak mereka dalam akademik dan juga agama.
"Saya terima banyak respon positif daripada ibu bapa yang lihat perubahan anak mereka selepas dihantar ke tadika ini.
"Mereka tidak sangka anak-anak mereka mampu untuk membaca dan mengaji dengan lancar. Ada juga sudah pandai bersolat tanpa disuruh," katanya sambil menambah pihaknya berhasrat memperluaskan operasi ke negara jiran, Indonesia tahun depan.
Program yang diterapkan di lebih 260 cawangan tadikanya di seluruh negara sebagai persediaan awal untuk melatih kanak-kanak mempraktikkan pendidikan Islam dalam kehidupan harian.
Sumber: LINK

Wednesday, 7 June 2017
Indoor Activities Ecouraging Creativity in Young Children
Assalamualaikum parents, teachers and beloved readers,
Alhamdulillah, we have passed the 10th days of Ramadhan. May Allah grant us barakah and strength throughout this fasting month. Insyaallah.
We have almost a week left until the end of the school holiday and I'm sure most of the parents are taking this opportunity to prepare for upcoming Eidulfitri with their children. Lots of shopping malls and markets are buzzing with excited children choosing, trying and buying baju raya, shawls, songkok, sampins and so on. In the midst of it all, we must not forget to prioritize our time and energy which is to perform as much ibadah in the spirit of Ramadhan.

I would like to share with you the list of activities that can encourage children's creativity. These fun and colorful activities are a great way for children to practice their artistic and motor skills while staying indoors. Parental involvement in these activities is very important to monitor your children's progress and capability in creative imagination. While doing so, don't forget to use the words of encouragement for your children.
Tuesday, 6 June 2017
80 Words of Encouragement for Children
Words can become meaningless when they aren’t followed with action, but nonetheless, words have great power. By choosing to compliment your child for things that are specific and unique to them, you will let your child know that you really see them and value them for who they are.
Children are sensitive because they haven’t yet developed a healthy self-esteem. What they needed to hear more than anything from their parents and teachers are words of encouragement.
Below are 80 sample words of encouragement you can use to boost your child’s self-confidence

Click HERE to view |
Tuesday, 16 May 2017
Aktiviti Bulan Ramadhan Bersama Anak-anak
Assalamualaikum w.b.t
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat ditunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan yang suci dan penuh berkah ini berisi amalan-amalan yang wajib dilakukan oleh umat Islam iaitu puasa ramadhan. Ramadhan adalah momentum terbaik untuk pendidikan keluarga, khususnya pendidikan anak-anak.
Anak-anak, bila nak masuk bulan puasa memang excited. Tidak kiralah anak-anak yang berpuasa setengah hari atau berpuasa penuh, mereka tentu akan berasa kurang aktif di bulan Ramadhan pada siang harinya. Sebab itulah kita kena ada strategi untuk buat persiapan Ramadhan kali ini.
Dalam bulan puasa, anak-anak akan kurang bermain di luar kerana masing-masing berpuasa. Nak bermain dengan permainan pun malas kerana letih puasa. Tapi itu tidak bermakna mereka akn tidur dan menghadapt gajet dan televisyen 24 jam.
Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Little Caliphs International telah melancarkan satu folio aktiviti untuk kanak-kanak anda. My Ramadhan Lapbook ialah sebuah kit yang direka khas untuk aktiviti anak-anak berumur 4 hingga 8 tahun.
Pek Ramadhan Lapbook ini menggunakan medium Bahasa Inngeris dan
mengandungi pelbagai info-info ringkas yang menarik dibawa secara
santai.
Antara aktiviti arts and craft yang terdapat dalam My Ramdahan Lapbook;
Ibu bapa patut ambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini untuk meluangkan waktu bersama anak-anak. Jom bersedia memacu Ramadhan anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan menarik!
Buat mereka kenal, cinta dan hargai bulan mulia penuh rahmah dan barakah, ganjaran pahala dan keampunan..!
Jika ibu bapa berminat untuk dapat kit My Ramadhan Lapbook, sila hubungi 0133546500 atau layari lama web Children Islamic Collection di www.chico.my
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat ditunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan yang suci dan penuh berkah ini berisi amalan-amalan yang wajib dilakukan oleh umat Islam iaitu puasa ramadhan. Ramadhan adalah momentum terbaik untuk pendidikan keluarga, khususnya pendidikan anak-anak.
Anak-anak, bila nak masuk bulan puasa memang excited. Tidak kiralah anak-anak yang berpuasa setengah hari atau berpuasa penuh, mereka tentu akan berasa kurang aktif di bulan Ramadhan pada siang harinya. Sebab itulah kita kena ada strategi untuk buat persiapan Ramadhan kali ini.
Dalam bulan puasa, anak-anak akan kurang bermain di luar kerana masing-masing berpuasa. Nak bermain dengan permainan pun malas kerana letih puasa. Tapi itu tidak bermakna mereka akn tidur dan menghadapt gajet dan televisyen 24 jam.
Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Little Caliphs International telah melancarkan satu folio aktiviti untuk kanak-kanak anda. My Ramadhan Lapbook ialah sebuah kit yang direka khas untuk aktiviti anak-anak berumur 4 hingga 8 tahun.
Video tutorial Ramadhan Lapbook
Antara aktiviti arts and craft yang terdapat dalam My Ramdahan Lapbook;
Fasting Cycle Wheel
Mini folio 'What I Like About Ramadhan'
5 Pillars of Islam
Benefits of Ramadhan
Virtues of Ramadhan
Good Deeds Tree - Stickers
Ramadhan Award Chart
Stickers yang terdapat dalam kit Ramadhan direka khas untuk menjadi memori simpanan anak-anak untuk melihat hasil kerja mereka beserta rekod pencapaian akhlak mulia di dalam Good Deeds Tree dan rekod puasa harian mereka melalui Ramadhan Chart
Ramadhan journal di reka khusus untuk anak-anak yang sudah pandai menulis, untuk mencatat apa sahaja yang mereka suka tentang Ramadhan. Boleh menjadi DIARI RAMADHAN mereka! Juga boleh menjadi buku nota kecil untuk anak-anak yang masih belajar menulis. Tulislah, lukislah, conteng lah apa sahaja, agar mereka bahagia.
Sadaqah envelop dapat menggalakkan anak-anak menabung dan mengagihkan sumbangan kepada orang-orang yang memerlukan, sepanjang bulan Ramadhan. Semoga semangat bersedekah akan berterusan dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa patut ambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini untuk meluangkan waktu bersama anak-anak. Jom bersedia memacu Ramadhan anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan menarik!
Buat mereka kenal, cinta dan hargai bulan mulia penuh rahmah dan barakah, ganjaran pahala dan keampunan..!
Jika ibu bapa berminat untuk dapat kit My Ramadhan Lapbook, sila hubungi 0133546500 atau layari lama web Children Islamic Collection di www.chico.my
Monday, 27 March 2017
Aktiviti Senaman utuk Otot Tangan Kanak-Kanak
Assalamualaikum semua
Saya ingin kongsikan satu penulisan yang bermanfaat dari Puan Liyana Raya mengenai kanak-kanak dan kemahiran menulis.
Menulis bukan sekadar training anak dengan pensel dan kertas serta mewarna sahaja.
Ada satu komponen utama dalam menulis yg paling penting,iaitu
TEKANAN SEMASA MENULIS
Kanak2 yg terlalu menekan ketika menulis dan juga memberikan 'light pressure' (kurang tekanan) ketika menulis dikatakan menghadapi masalah dengan ketahanan otot mereka (muscle endurance).
Bagi kanak2 seperti ini,mereka banyak menunjukkan symptom:
🌸Letih ketika menulis
🌸Mudah give up dalam menulis
🌸Pegang pensil menggunakan 5 jari (ketika usia sudah 5 tahun dan ke atas).
🌸Sukar duduk lama ketika aktiviti menulis
🌸Banyak menunjukkan postur badan yg tidak betul.
Kebanyakan kanak-kanak yang tidak melalui proses merangkak atau merangkak dalam jangka masa yang sekejap akan ada symptom ini. (Tolonglah jangan bandingkan kita yg dulu tak merangkak dgn budak zaman sekarang. Kita dulu banyak bergerak,budak sekarang banyak duduk).
Di antara sebab lain juga adalah kanak-kanak terlalu banyak didedahkan dengan gadget dan aktiviti yang terlalu banyak duduk dan jarang menggunakan tangan utk melakukan aktiviti pergerakan.
Otot tangan ni kena selalu banyak diberikan latihan utk 'letih'. Latihan ni dalam bentuk senaman dan aktiviti seperti
🌸Wheelbarrow walking
🌸Hanging on monkey bar
🌸Menolak benda berat
🌸Memanjat gril
🌸Tangan hayun di dahan pokok
🌸Mop lantai dengan kaedah lama (lap guna kain)
🌸Menulis dalam pelbagai posisi (meniarap,berdiri dan baring)
🌸Aktivit merangkak
Semua aktiviti ni akan memberikan daya tahan kepada otot utk sampai ke satu tahap keletihan supaya apabila menulis,mereka akan mengambil masa yang lama utk bertahan dan berasa letih.
Tetapi jika anda dapati anak-anak anda mengelak atau cepat letih ketika buat aktiviti yang dalam gambar dan disebutkan,anda kena sentiasa menggalakkan anak meneruskannya bukan dengan menggalakkan anak utk terus berhenti.
Ini adalah benda yg paling penting dalam menulis yg anda harus take note. Kalau anak yg umur 7 tahun masih lagi memegang pensil dengan 5 jari, maka anda harus bertindak segera dgn memberikan aktiviti-aktiviti seperti ini. Ambil kira juga utk memberikan anak alat memegang pensil supaya dapat betulkan caranya memegang pensil.
Dan utk kanak-kanak yg berusia 2 tahun setengah,anda sudah boleh mulakan semua aktiviti ni. Jangan pandang remeh pada aktiviti ni semua sebab inilah penentu kpd kemahiran menulis anak anda.
Liyana Raya,
Occupational Therapist
Semoga bermanfaat.

Tuesday, 14 March 2017
Seminar Fast ReadingTechnique di Kelantan
Alhamdulillah, selesai sudah seminar Reading Technique 2017.
Syabas kepada ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa ke majlis ilmu ini. Semoga ilmu yang disampaikan sampai kepada semua untuk mendidik anak-anak.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat, operators, principals dan teachers dari Little Caliphs cawangan seluruh Malaysia dalam menjayakan majlis ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang telah dipelajari dalam seminar ini.
Ucapan pra kata oleh Tn. Hj Roslan, CEO Little Caliphs International
Gabungan guru-guru Little Caliphs cawangan negeri Kelantan
membuat demonstrasi phonic bersama Tc. Fari
Trainer dan consultant Little Caliphs cawangan Kelantan, Teacher Wan.
Tadika Little Caliphs yang terlibat dalam menjayakan
Seminar Fast Reading Technique di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.
11 Mac 2017
LC KLT Tanah Merah
Subscribe to:
Posts (Atom)