Monday, 21 August 2017

"Kenapa Tidak Boleh Marah Anak Kecil & Apa Kaitannya Dengan Anak Menjadi Tuan di Akhir Zaman?"

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ingin berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh Prof Dr Rozieta Shaary atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu Rose. Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan melebihi 27 tahun. Beliau banyak berkongsi tips dan nasihat kekeluargaan khususnya bab parenting dan kerohanian melalui laman web beliau di iburose.com

"Kenapa Tidak Boleh Marah Anak Kecil & Apa Kaitannya Dengan Anak Menjadi Tuan di Akhir Zaman?"

Mereka sungguh suci! Kenapa kita tak boleh marah anak kecil & kaitannya dengan anak yang menjadi tuan di akhir zaman.

Satu soalan telah diajukan; degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum?

____________________

Pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.


Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang.

Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.


Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.



Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada AKHIR ZAMAN, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar MENGASIHI ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya ya, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.

 Kredit: Prof Dr Rozieta Shaary @ babab.net

Little Hajj 2017 Facebook Page



Assalamualaikum semua

Tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita raikan Hari Raya Aidiladha. Saya yakin ramai pengusaha tadika, guru-guru dan ibu bapa mengambil peluang dalam masa yang ada ini untuk mendidik anak-anak tentang konsep ibadah haji dan korban. Sama-samalah kita doakan agar usaha yang dilakukan sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada anak-anak tentang rukun Islam yang ke lima itu.

Sekiranya anda ingin dapatkan perkembangan terbaru program Little Hajj, anda boleh ikuti Facebook Page Little Hajj di sini  Pautan. Di situ kami juga turut kongsikan program Little Caliphs Little Hajj yang telah berlangsung di seluruh Malaysia.

Until next time :)


Tuesday, 1 August 2017

LITTLE HAJJ 2017 TADIKA LITTLE CALIPHS CATAT MALAYSIA BOOK OF RECORDS


Shah Alam, 24 Julai 2017- Program Little Hajj 2017 yang berlangsung serentak seluruh semenanjung Malaysia telah mencatat Malaysia Book of Records sebagai Penyertaan Serentak Terbesar oleh Kanak-Kanak Untuk Simulasi Ibadah Haji Cilik melibatkan 5846 pelajar berumur 6 tahun pada 24 Julai 2017.
 

Program anjuran Little Caliphs International Sdn Bhd bersama Koperasi Ukhuwah Little Caliphs Berhad (KULCB) iaitu koperasi pengusaha-pengusaha Litttle Caliphs telah dirasmikan oleh YBhg. Haji Roslan Bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif LCISB di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.
Program Little Hajj 2017 adalah program simulasi perlaksanaan ibadah haji untuk pelajar-pelajar Tadika Little Caliphs yang berusia 6 tahun di seluruh Semenanjung Malaysia yang berjumlah 150 pengusaha dan sejumlah 212 tadika dibahagikan mengikut zon seperti yang berikut:
a. Zon Tengah (Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor)
   - Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
b.  Zon Utara ( Kompleks Sukan MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang)
    - Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak
c.  Zon Pantai Timur ( Kompleks Belia & Sukan Panji, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bahru, Kelantan)
    - Kelantan, Terengganu & Pahang
d.  Zon Selatan (Masjid Jamek An-Nur Pasir Gudang, Johor) - Johor
e.  Zon Melaka & Negeri Sembilan (Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka)
Objektif utama perlaksanaan ini ialah untuk memberi pembelajaran secara praktikal atau secara 'hands on' yang dikendalikan secara simulasi seiring pendekatan 'Project Based Learning' yang dilaksanakan dalam metodologi pembelajaran 'The Little Caliphs Program'
Penyertaan bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja adalah seramai 4,324 orang pelajar iaitu 2,275 pelajar lelaki dan 2,049 pelajar perempuan. Manakala lebih 500 orang guru-guru Tadika Little Caliphs terlibat sebagai tenaga mutawwif dan juga sukarela yang membantu melaksanakan program ini.
Menurut Haji Roslan peserta didedahkan dengan keadaan sebenar iaitu sebelum dan semasa mengerjakan haji bagi memastikan mereka memahami mengenai konsep sebenar rukun islam kelima itu.
"Semua peserta memakai ihram dan urusetia turut menyediakan replika kaabah, kaunter imegresen, tempat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, Bukit Safa dan Marwah serta kawasan bertahallul"- kata beliau.
"Jika sebelum ini kebanyakan kanak-kanak menghantar ahli keluarga mereka seperti datuk dan nenek ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, namun hakikatnya tidak ramai yang mengetahui tujuan dan cara sebenar mengerjakan haji," katanya.
Little Caliphs sentiasa menyediakan ruang yang luas untuk anak-anak mempelajari sesuatu ilmu dengan cara yang berbeza, sesuai dengan zaman kanak-kanak yang aktif dan sering mahu meneroka dunia yang penuh dengan warni-warni ini. Moga-moga tersemat dalam hati mereka dan menyimpan impian besar untuk ke tanah suci Mekah kelak.


Alhamdulillah program Little Hajj telah berjalan dengan lancar. Apabila sesuatu acara besar berjalan lancar seperti yang dirancangkan dengan izin Allah ia bermakna di belakangnya ada suatu perancangan yang terperinci, sikap prihatin, taat mesyuarat, komitmen, pengorbanan, susah payah, teamwork serta usaha gabungan dari pelbagai pihak dari kakitangan LCISB HQ, Operators, guru guru, ibubapa, anak anak Little Caliphs, para penaja, media, kerajaan, RELA, dan sekelian yang terlibat.

Keadaan cuaca yang begitu cocok dengan aturcara menandakan ada ramai orang yang bersolat hajat yang doanya diterima Allah.

Jelas sekali jawatankuasa penganjuran Little Caliphs Little Hajj 2017 yang dipimpin oleh Commander (B) Tuan Haji Mustafa Kamal bin Abdul Wahab dan timbalannya puan Hajah Hafizah Aliman telah menjalankan perancangan dan pelaksanaan program ini dengan cemerlang sekali serta mendapat sambutan dan kerjasama sekelian Tadika Tadika Little Caliphs di seluruh Semenanjung. Saya ucapkan syabas dan Jazakumullahukhairan kepada para AJK Little Hajj 2017 dan sekelian yang menyumbang.

Little Hajj dalam media 

  1. Arab News -  Malaysian Children Parade in White Robes for Practice Hajj
  2. News Straits Times - Malaysian Children Parade in White Robes for Practice Hajj
  3.  The Peninsula, Qatar's Daily Newspaper - Malaysian Children Parade in White Robes for Practice Hajj  
 Video

Little Caliphs Semai Amalan Cintai Islam

Assalamualaikum wbt.

Para pembaca sekalian,

Saya ingin berkingsi petikan rencana MStar yang telah di tulis oleh Puan Afiqah Razali dua tahun yang lepas. Alhamdulillah semakin hari Little Caliphs telah mendapat tempat di hati para ibu bapa dalam pemilihan tadika untuk anak-anak. Terkini, Little Caliphs International telah pun mengembang sayapnya di Indonesia. Sambutan yang luar biasa, pendaftaran anak-anak semakin bertambah dengan adanya aktiviti dan program menarik yang turut mendapat sokongan dan liputan dari pihak media.


SUDAH menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak terutama hal-hal berkaitan agama sebagai bekalan hidup dengan amalan dan akhlak yang disegani.

Bagaimanapun, perubahan zaman mendorong pihak lain untuk turut sama melaksanakan tugas penting itu pada usia awal kanak-kanak.

Walaupun ia sesuatu yang tidak mudah, terutama pada usia seawal empat tahun, namun ada pihak yang mencabar keupayaan diri untuk memastikan anak-anak itu mula memahami agama dan seterusnya mempraktikkan amalan murni itu.

Namun, inisiatif yang dijalankan The Little Caliphs Program ini adalah langkah yang bijak dalam memupuk semangat cintakan Islam.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Litte Caliphs International Sdn Bhd, Roslan Nordin dan pengasas bersama yang juga isterinya, Sabariah Jamaluddin berkata, pada mulanya mereka berhasrat untuk buka tadika yang berkonsepkan islamik.

"Hasrat kami tercapai selepas membuka tadika di rumah sendiri di Seksyen 7, Shah Alam pada 2003," kata Sabariah yang juga Ketua Pegawai Akademik Little Caliphs International Sdn Bhd. The Little Caliphs Program menawarkan tujuh modul pembelajaran yang berkesan dan senang difahami bagi kanak-kanak seawal usia empat tahun.

Antara modul-modul itu ialah Pendidikan Islam, Teknik Membaca, Kosa Kata, Kemahiran Bahasa Inggeris, Matematik, dan juga Sains.

"Di sini, kami terapkan kaedah pembelajaran yang berlandaskan Islam," ujar pasangan usahawan berusia 51 tahun ini.

The Little Caliphs Program ini mula mendapat sambutan ramai ibu bapa setelah melihat kejayaan anak mereka dalam akademik dan juga agama.

"Saya terima banyak respon positif daripada ibu bapa yang lihat perubahan anak mereka selepas dihantar ke tadika ini.

"Mereka tidak sangka anak-anak mereka mampu untuk membaca dan mengaji dengan lancar. Ada juga sudah pandai bersolat tanpa disuruh," katanya sambil menambah pihaknya berhasrat memperluaskan operasi ke negara jiran, Indonesia tahun depan.

Program yang diterapkan di lebih 260 cawangan tadikanya di seluruh negara sebagai persediaan awal untuk melatih kanak-kanak mempraktikkan pendidikan Islam dalam kehidupan harian.

Sumber: LINK