Tuesday, 14 March 2017

Seminar Fast Reading Technique di Sabah

Syabas dan terima kasih kepada parents yang meluangkan masa menghadiri seminar Fast  Reading Technique. Semoga ilmu yang disampaikan sampai kepada semua untuk mendidik anak-anak.

Seminar Fast Reading Technique di Sabah 


Tempat: Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: 11 Februari 2017
Trainer: Teacher Zaleha
Little Caliphs yang terlibat;
Tadika Khalifah Muda (LC Papar) 
 Tadika Armada Khalifah (LC Kepaya) 
Tadika Aulad Jannah (LC Kinarut)







 Tempat: L A Hotel, Tawau,  Sabah
Tarikh: 19Februari 2017
Trainer: Teacher Fadzlina Morni
Little Caliphs yang terlibat:
 








Monday, 20 February 2017

Seminar Fast Reading Technique oleh Teacher Hafizah

Syabas dan terima kasih kepada parents yang dapat menghadirkan diri ke seminar Reading Technique di Sek Keb TTDI Jaya bersama Teacher Fiza pada 18 Februari 2017. Semoga ilmu yang disampaikan sampai kepada semua untuk mendidik anak-anak.





Tadika Little Caliphs yang terlibat dalam menjayakan 
Seminar Fast Reading Technique di SK TTDI Jaya

LC SEL Taman TTDI Jaya
LC  SEL    Jalan Platinum


Seminar Fast Reading Technique oleh Teacher Fiza di Masjid Muaz Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2017







Seminar Fast Reading Technique di UNISEL Bestari Jaya

Syabas kepada parents yang dapat menghadirkan diri ke seminar Reading Technique di UNISEL Bestari Jaya . Semoga ilmu yang disampaikan sampai kepada semua untuk mendidik anak-anak.











 

Antara rangkaian Little Caliphs yang terlibat dalam menjayakan Seminar Fast Reading Technique

LC SEL Jalan Reef, Rawang

Outcome from Fast Reading Technique Seminar


What have our parents come out with after attending our Fast Reading Technique Seminar?

Little Caliphs Condominium Kristal Seksyen 7 
As salam, hye Little Caliph Team, big applause to your team for the successful seminar. Its such a very good program for parents like me. What i have notice,the learning system is straight forward and the kids not confuse on that. Besides its help me to teach my son in a easy way. Thank you so much and congratulations team - Mama Fateh Naim KG 5 years
Assalamualaikum
1- TC Fari is a good speaker and an inspirer.
2- She inspiring both of us as parents.
3- Together we raise our kids to be Quran generation.
4- Parents should not force their kids to do activity that they are not interested.
5- Reading technique at home should tally with LC so that kids not confuse.
 ðŸ˜ŠðŸ˜Š - Mama Dhia Nur Keisha KG1 5 years
Sangat membantu. Teknik yang diajar memudahkan dan menyeronokkan  anak2 untuk belajar. Ibu bapa perlu teknik ini untuk sama2 didik ank2 . Tq so much for all teacher. - Mama Aleesya Fareena KG1 5 years
 Little Caliphs Jasin, Melaka












Thank you  so much parents for taking part of this program and we highly appreciate your feedback. Keep up the good work!

Tuesday, 14 February 2017

Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi


Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak2, bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang2nya semuka sehari, puasa Isnin & Khamis dsbnya. Tambah2 lagilah untuk mendidik org lain. Maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak2 keadaan,  matlamat kita untuk anak2 sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
2. Tuntutlah ilmu secara berterusan. Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jangan label anak. Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.


4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita. Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah. Jangan bawa anak2 kepada kita, tapi bawalah anak2 kepada Allah.

6. Ibu sama dengan bulan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak2 dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dengan Al Quran. Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran. Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.


9. Ibu bapa pemimpin kepada anak2. Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya. Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.


10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan. Dlm rumahtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya.

11. Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan seperti sedekah dsbnya sebagai tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak2ku.


13. Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war2kan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. Jangan membezakan anak2 yang pandai dengan yang kurang pandai.

Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan..