Tuesday 16 June 2015

ANAK BERTANYA KITA MENJAWAB



“Ibu….dalam perut ibu ada adik ya?” Lin bertanya ibunya. “Macam mana adik nak keluar nanti? Lin dulu dalam perut ibu juga ke? Ibu….oooh ibu..! Jawablah!”

Ibu Fadhlin Sakinah menggeleng kepala sambil meneruskan kerja di komputer ribanya. “Apa yang harus aku jawab? Ya Allah budak ni banyak pula tanyanya!”

Anak-anak kecil bertanya kerana didorong oleh rasa ingin tahunya yang besar terhadap sesuatu, bekalan rasa ingin tahu ini memang telah ada sejak manusia lahir. Kehebatan rasa ingin tahu inilah yang membuat bayi boleh merangkak, berjalan dan berbicara. Selanjutnya rasa ingin tahu ini akan menentukan kualiti perkembangan otak kanak-kanak. Kalau perasaan ingin tahu itu sentiasa diselaputi dengan perkataan ‘tidak boleh’ anak-anak yang bijak akan bertanya kembali “Kenapa tak boleh ibu? Kenapa?”

Kita munkin megira bahawa anak-anak ini masih tidak tahu apa-apa. Kebijaksanaan otak mereka tidak dapat menjangkau kefahaman alam semesta. Tidak seharusnya kita sebagai ibu bapa befikiran begitu. Potensi anak-anak jangan sesekali di ambil enteng. Ibu bapa yang rajin menyemai baja ke dalam potensi anak-anak mereka akan mendpati pelaburan masa dan tenaga mereka akan dibalasi dengan kepintaran dan kecerdasan si anak.

Di sini izinkan saya memberi beberapa sebab yang menyebabkan kenapa anak-anak suka bertanya. Di anataranya adalah anak-anak menunjukkan minat kepada peristiwa atau pandangan sekitarnya. Kedua, kerana sikecil ini cuba mencari titik terang supaya mereka dapat memahami penjelasan yang diberikan oleh kita dan yang ketiga, kerana mereka ingin menarik perhatian.
Petanda permulaan pemikiran kritis dan kreatif ialah apabila anak-anak bertanya mengapa. Kita ibu bapa harus mempunyai beberapa ‘skil’ bila hendak melayani karenah anak-anak bijak yang selalu ingin bertanya ini.

1.  Sifat sabar
kita ni banyak kerja…. dengan kerja pejabat dan rumah lagi , malas rasanya nak melayani taluan soalan dari anak bila mereka mula bertanya. Sabarla, berikan sedikit masa dari masa kesibukan kita untuk melayani inkuiri minda intelek mereka.

2. Jawablah dengan benar
Singkat kata , ibu bapa harus menjawab soalan mereka dengan jujur dengan memilih bahasa yang mudah mereka faham. Respons yang baik akan membantu proses berfikir dan pemahaman mereka kelak.

Seperti soalan apa di dalam perut ibu tadi. Jawab sahaja dengan jujur. “Ya sayang, dalam perut ibu ada adik. Nah… kalau dah sembilan bulan akan keluar adik bayi. Sama seperti bila ibu mengandungkan Lin dulu. Nanti kalau kita pergi berjumpa doktor , barulah ibu tahu macam mana kita nak keluarkan adik tu ok.”

3. Ajak anak untuk mencari jawaban dari pertanyaan yang sulit.
Jika persoalan itu kita kurang pasti bagaimana hendak menjawabnya, kita berkata” Hmm, ibu tak pasti apa ya jawabannya, mari kita tengok buku siapa tahu ada jawapannya kalau tak kita cari dalam google sahaja” atau “Esok kita jumpa atuk nanti Iman tanyalah pada atuk soalan tu ya.” atau “Haa…soalan tu kita tanya cikgu esok ok”. Dengan begitu si kecil akan belajar bahwa jika kelak menghadapi masalah, dia akan mencari orang yang boleh membantunya memecahkan masaalah yang dihadapinya atau membacanya dari buku atau internet.

4. Adakalanya tak perlu menjawab
Ini adalah khusus untuk pertanyaan ‘mengapa’ yang berhubung dengan aqidah, akhlaq, ibadah sebaiknya kita mengajak mereka memahami pada menuruti perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. “Ibu kenapa kita harus solat begini?” ”Kerana itulah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w bagaimana kita harus solat pada Allah.”

5.  Sediakan buku bacaan ilmu pengetahuan dan islami untuk anak.
Ajaklah anak anak melihat gambar yang menarik dan berbincang mengenai perihal gambar tersebut. Ajar mereka bertanya mengikut cara 5W dan 1H (what,when,where ,why,who dan how)
Seorang ibu memulai bersenandung mengagungkan asma Allah sejak bayi dalam kandungan lagi. 

Pada usia muda anak anak harus diajar siapa Penciptanya dan kenapa mereka diciptakan serta peranan manusia kepada tuhannya, Allah.

Seiring dengan perkembangan kanak-kanak mereka akan bertanya tentang siapa yang menciptakannya , di mana tempat penciptanya dan sebagainya. Saat itulah ibubapa dituntut untuk memberikan jawaban tepat yang mengarah kepada keesaan Allah sesuai dengan usia dan kefahaman mereka.

“Allah itu di mana ibu?

Allah bersemayam di atas ArsyNya.

Arsy tu apa?

Arsy tu singgahsana Allah, ianya di langit yang jauh dari penglihatan kita.

Tapi kata ustaz Allah itu dekat dengan kita!

Arsy tu tempat Allah tapi kita tak tahu rupanya bagaimana dan di mana. Allah itu akan sentiasa dekat dengan kita kerana Dia sentiasa menjaga dan bersama-sama kita.

Kalau begitu Allah tu banyaklah…ada di arsy, ada di rumah kita…?

Itulah bedanya Allah dengan kita makhlukNya. Allah boleh melihat dan menjaga semua makhlukNya tanpa bantuan apa pun. Sebab Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetaui, Maha Bijaksana. Tapi kalau makhluq kalau ada 10 kedai harus ada 10 orang menjaganya. Allah maha berkuasa, Dia boleh jaga semuanya.

Soalan yang sering ditanya lagi oleh anak-anak

Allah itu seperti apa Ibu?

Allah itu kita tak nampak, seorang pun tak tahu macam mana rupa Allah kerana Allah itu tak serupa dengan penciptaanNya. Tapi kita boleh merasakan adanya Allah dengan kita perhatikan ciptaan ciptaan Allah di muka bumi ini . Manusia, bumi yang kita tinggal ni, bulan, matahari semuanya adalah bukti Allah itu ada.


Pelbagai lagi pesoalan-persoalan yang akan ditanya oleh anak-anak kita tapi sekadar ruang yang terbatas ini tak dapat saya nukilkan lagi…InshaaAllah di lain lebaran, panjang umur akan saya teruskan lagi nukilan mengenai persolan dari anak anak kita yang pintar. Sama-samalah kita berdoa agar setiap soalan yang diaju oleh sang anak, Allah akan memberi kita ilham cara yang terbaik untuk kita menjawabnya. Wabillahitaufiq walhidayah.

No comments:

Post a Comment