Friday, 20 January 2017

Fast Reading Technique - Perak










Syabas kepada parents yang dapat menghadirkan diri ke seminar RT ini, semoga ilmu yang disampaikan sampai kepada semua untuk mendidik anak-anak

OUTCOME OF FAST READING TECHNIQUE SEMINAR
 Seminar Fast Reading Technique yang diadakan Ahad lepas sangat menarik. Penyampaian Teacher Fari juga sangat interaktif dan penuh informasi untuk ibu bapa. Anak saya lelaki bernama Aqil Hamza berusia 5 tahun. Baru didaftarkan ke program Little Caliphs pada tahun ini. Setiap kali tanya apa Aqil belajar di sekolah, dia tak reti nak cerita (mungkin juga kerana Aqil budak lelaki, seperti yg diterangkan oleh Teacher Fari). Tapi balik je dari seminar haritu, kebetulan Aqil tengah makan, saya pun terus cakap "'mmmm..ma...delicious...alhamdulillah" sambil membuat aksi bagi ejaan suku kata "ma". Aqil terus macam terkejut dan seolah2 kagum sebab saya tahu apa yang dia belajar di sekolah. Saya bawa keluar flash card dan tunjukkan pada Aqil. Aqil terus baca setiap satu suku kata dari 'a' sehingga 'za' siap sekali dengan action. Aqil sangat seronok sebab saya pun tahu semua action tu dan boleh buat sama2 dia. Barulah saya tahu rupa2nya Aqil dah boleh baca. Saya pula yang kagum sebab baru masuk minggu kedua sekolah tapi Aqil dah boleh membaca suku kata 'a'. Segala puji bagi Allah swt. Pada saya program dan modul-modul Little Caliphs ni sangat bagus dalam membantu anak2 cepat membaca dan membentuk tauhid dari peringkat awal.

No comments:

Post a Comment