Thursday, 20 September 2018

Raising Young Caliphs 2018


 Raising Young Caliphs 2018
 
Kadang-kadang ada tak anda rasa atau terfikir anak anda degil?
Kadang-kadang ada tak anda rasa atau terfikir anak anda nakal?
Kadang-kadang ada tak anda rasa atau terfikir anak anda tak dengar cakap?
Bila disuruh membaca anak akan lari ke tempat lain??
Bila tanya belajar apa kat sekolah, anak jawab ‘TAK TAHUUUUU…’ ?
Anda rasa penat dan stress tak bila anak banyak bercakap dan perlu menjawab banyak soalan dari anak … kenapa, mengapa sebab apa bla bla bla??
 
Jom Sertai Raising Young Caliphs Seminar 2018
 
APA YANG ANDA AKAN BELAJAR??
Apakah potensi yang ada dalam diri anak-anak anda..
Bagaimana nak faham potensi-potensi dalam diri anak-anak…
Bagaimana nak didik anak Pandai Quran, Faham Quran & Hafal Quran..
Bagaimana nak didik anak melalui potensi diri mereka menjadikan anak tersebut LUAR BIASA..

 

 
Butiran Program
Tarikh: 29 September 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00am-12.30pm (Pendaftaran bermula jam 8.00pagi)
Tempat: TM Convention Center, Menara TM,  Jalan Pantai Bharu, 50672 Kuala Lumpur (https://goo.gl/maps/bMGe2yp7R8A2)
Parking: Free
 
*Harga Tiket Seminar RYC 2018 *
RM30 /pax
RM50 / 2pax
 
DAFTAR SEKARANG

DAFTAR SEGERA…
TEMPAT TERHAD…
 
Untuk makluman, di main hall, anak-anak adalah dilarang masuk.
Namun begitu, pihak penganjur RYC ada menyediakan perkhidmatan :-
Kids Playroom  (RM 15 seorang anak)
- Anak 4 tahun keatas
Nursing room with live feed (Percuma)
- Ibu bersama anak 3 tahun dan kebawah
 
Jumpa Anda Di RYC 2018
 
 

Wednesday, 19 September 2018

Sambutan Hari Kemerdekaan 2018 - Tadika Little Caliphs Changloon,Kedah

Assalamualaikum wbt.


Walaupun sudah hampir sebulan Hari Kebangsaan berlalu, saya rasa masih belum terlambat untuk saya berkongsi sambutan kemerdekaan yang diadakan di Tadika Khalifah Arif di Changloon, Kedah.



Jika kita lihat pada hari ini, anak-anak mudah tertarik dengan mainan komputer, gadget dan makanan segera kerana kurangnya pendedahan tentang permainan dan makanan tradisional. Namun saya yakin, masih ada lagi golongan yang memandang berat tentang kepentingan khazanah warisan bangsa dan berusaha untuk  memeliharanya daripada pupus  dek arus pemodenan semasa.

Bertemakan zaman pasca merdeka, Tadika Khalifah Arif dihiasi dengan props alatan tradisional seperti zaman 50-an. Bagi memeriahkan lagi suasana, guru-guru dan anank-anak turut memperaga pakaian klasik.


Guru-guru di Tadika Khalifah Arif ingin membawa pendekatan 'role-play' seperti berlakon dan bermain supaya anak-anak dapat menghayati suasana kampung seperti zaman dahulu. 



Seperti melepaskan batok di tangga, bukan batuk ya ;)
  












Seronok anak-anak bermain upih kelapa


Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan hari merdeka di sekolah. Semoga usaha yang dilakukan mendapat tempat di hati anak-anak untuk cintakan khazanah bangsa sekaligus memelihara warisan seni atok nenek mereka.


Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) 2018

Assalamulaikum wbt

 
Pada 1 September lalu, saya telah diberi kesempatan untuk menjadi penceramah jemputan di Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) 2018 bertempat di Putrajaya International Convention Centre. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Siti Affiza Mohamad, Pengarah KONWANIS yang telah menjemput saya untuk menjayakan program tersebut.



 
Objektif KONWANIS adalah mahu wanita tahu bahawa kebahagiaan itu sebenarnya bermula daripada diri mereka sendiri. Bertemakan 'Wanita Bahagia, Negara Sejahtera', konvensyen ini dilaksanakan untuk mengupas rahsia dan solusi kebahagiaan wanita perbandukan Islam. Saya mengambil kesempatan itu untuk berkongsi tips keibubapaan islami yang bertajuk Membina Generasi Al-Quran.







Antara guru-guru Tadika Little Caliphs yang turut hadir meraikan program
 
Jikan para ibu bapa atau guru-guru yang ingin melihat rakaman perkongsian saya yang telah dirakam oleh Puan Amira dari Little Caliphs Taman Botani, Ipoh Perak, boleh lawati link di bawah

 
Alhamdulillah ala kuli hal, semoga Allah memberkati majlis dan apa yang telah pihak penganjur sampaikan kepada semua peserta. Semoga kita dapat bertemu lagi di KONWANIS akan datang, insyaallah. 

Thursday, 6 September 2018

Lazy 8 - Aktiviti Senaman Minda

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum readers

Sudah berbulan-bulan blog ini tidak dikemaskini, Alhamdulillah baru sekarang saya berkesempatan  untuk berkongsi sebuah artikel menarik untuk para ibu bapa dan guru-guru. Sebelum itu saya ingin berterima kasih kepada Pn. Norizan, sahabat saya kerana beliau yang berkongsi artikel ini kepada saya.

Pernahkah anda mendengar aktiviti senaman minda? Seperti tubuh kita memerlukan senaman untuk kecergasan fizikal, senaman minda ataupun brain gym dapat membantu merangsang perkembangan otak kiri dan kanan. Antara contoh brain gym ialah pergerakan 'Lazy 8'. Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'Lazy 8'


Lazy 8 adalah salah satu simple brain gym activity yang powerful untuk integrate kan kedua-dua belah bahagian otak. Right and left brain hemisphere. Salah satu teknik (selain fizikal aktiviti- bergayut dan sebagainya) yang digunapakai OT untuk membantu anak-anak dalam handwriting skills dan reading. Boleh juga guna utk release emosi tenang sebagai salah satu terapi stress.

Apa berlaku bila kita trace ikut bentuk number 8 tu? Jom try buat.
Boleh buat kat dinding, atas meja dan sebagainya. Paling simple guna tangan kat udara atau pen, kapur pon boleh.
Kita start kat midline at the centre means bahagian tengah badan = bahagian tengah otak.
Follow number 8 tu dari kiri ke kanan.

Apa jadi pada otot2 mata? Ada rasa macam nk juling tak? Hehe.

Masa tu otot-otot mata akan bergerak ikut movement tangan kita kan.
Ok, ulang lagi dan lagi sampai 3-5 x. Kemudian tukar tangan.

Lihat dan rasakan apa yg berlaku. Seolah-olah kita sedang switch on right then left then right then left brain betul?  Otot tangan akan bekerjasama dengan mata (hand eye coordination skills -visual motor) dan akan aktif kan kedua-dua bahagian otak untuk skills (bilateral hand integration skills) yang diperlukan utk writing dan reading.

Adakah kita rasa lebih fokus dan pay attention/aware dengan setiap pergerakan tersebut masa buat pergerakan tadi? Yes or No? Fokus dan attention ni perlu dilatih. Once improved, this will help in handwriting. Pre writing skills ni penting utk anak-anak start menulis. Memory yang ada melalui pergerakan tadi akan tersimpan menyerupai bentuk alphabet. Boleh start dan cuba tengok sejauh mana anak boleh complete pergerakan lazy 8 tu.

Contoh lain jika ada anak yang ada difficulty in hand dominance. Apa berlaku?

Mula-mula guna tangan kanan untuk trace then bila sampai ke titik pertengahan dia switch tangan. Means bilateral coordination skills dia perlu dipolish lagi utk fully develop. Contoh berlaku bila tulis atau color, satu tangan pegang pen, satu tangan pegang kerta. Kertas yang digunapakai nak kena pusing-pusing to complete the task, atau tak fokus. Mata cepat melilau sambil mewarna.

Ada anak yg coordination dah fully developed, rileks je dia tulis kan tanpa perlu pusing-pusing kertas atau badan. It's ok, menulis ni berperingkat. Yang penting once kita detect, kita set up goals secara berperingkat dan go with the flow/intervene awal untuk bantu anak tulis.

Terapi lazy 8 ni contohnya digunapakai oleh terapi carakerja OT untuk anak-anak yang ada learning difference contohnya dyslexia atau selalu keliru bila baca. Atau utk anak2 yg kadang2 baca terbalik, tertinggal certain words bila baca dsb. Yg bestnya brain training ni simple utk handwriting skills yet very helpful. Utk anak tipikal juga amat2 digalakkan to enhance academic learning.

Sbb bila kita menulis akan involves whole body learning. Pergerakan koordinasi Mata, tangan, bilateral hand integration (satu tangan pegang paper, satu tangan nak tulis. Jadi perlu kerjasama kedua2 tangan (otak) utk tulis. Shoulder pun involved. Dada. Breathing Dsb. Once anak dah boleh buat, kita upgrade level of difficulties. contoh dari guna tangan dan buat fun movement - berlakon buat lazy 8 movement macam belalai gajah tgh berpusing. Wat bunyi sekali baru anak enjoy. Boleh upgrade ajak anak guna marker. Then bila nmpk dh boleh buat upgrade lagi bagi buat lazy 8 guna kapur pulak. Kapur ada resistense sikit so akan promote small hands muscle bagi lagi kuat utk writing. (* Other than sensory play : play dough, sand, flour etc)

Contoh lain yg digunapakai di Salah satu centre genius aulad, utk reading. Sebelum bermula utk sesi bacaan bagi anak2 yg kurang fokus atau mudah keliru, they will start w lazy 8. Anak2 akan berdiri Dan trace kat dinding. Start Dari tengah. Naik ke bahagian Kiri atas then follow bentuk number 8 ke kanan pulak secara berulang2. Then baru continue w reading.

Bolehlah buat aktiviti lazy 8 ni dengan anak2 sebelum reading session utk bantu mereka lebih fokus. Make it joyful and fun activity. Contoh kalau detect any difficulty utk anak buat lazy 8 : Mata ke lain, X fokus Dan ikut jari tangan yg bergerak tu...parent boleh prompt pegang tngn anak dan buat sama2 movement tu. Atau tarik fokus anak semula dengan guna jari sebagai puppet Dan buat storytelling puppet play sambil buat  movement supaya mata dia tengok Dan fokus to complete the movement.

Mainan kat ikea yg cars dengan track lazy 8 tu pon ok. Selamat mencuba.

Yg interesting nya, Islam dah ajar kita guna teknik ni kan. Masa mengaji dulu2 kan kena tunjuk guna lidi dan baca. Jom semangat utk terus ajar anak2 kenal kalam Allah. Boleh cuba buat lazy 8 before sesi flash HFW. Chayyok.  Wallahua'lam. 😘


Jika para ibu bapa atau guru-guru ingin praktikkan senaman lazy 8, kalian boleh rujuk beberapa video untuk melihat contoh pergerakan Lazy 8 yang boleh dibuat bersama anak-anak.

Video Lazy 8 - Contoh 1
Video Lazy 8 - Contoh 2
Video Lazy 8 - Contoh 3

Semoga bermanfaat, insyaallah