Wednesday 19 September 2018

Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) 2018

Assalamulaikum wbt

 
Pada 1 September lalu, saya telah diberi kesempatan untuk menjadi penceramah jemputan di Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) 2018 bertempat di Putrajaya International Convention Centre. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Siti Affiza Mohamad, Pengarah KONWANIS yang telah menjemput saya untuk menjayakan program tersebut.



 
Objektif KONWANIS adalah mahu wanita tahu bahawa kebahagiaan itu sebenarnya bermula daripada diri mereka sendiri. Bertemakan 'Wanita Bahagia, Negara Sejahtera', konvensyen ini dilaksanakan untuk mengupas rahsia dan solusi kebahagiaan wanita perbandukan Islam. Saya mengambil kesempatan itu untuk berkongsi tips keibubapaan islami yang bertajuk Membina Generasi Al-Quran.







Antara guru-guru Tadika Little Caliphs yang turut hadir meraikan program
 
Jikan para ibu bapa atau guru-guru yang ingin melihat rakaman perkongsian saya yang telah dirakam oleh Puan Amira dari Little Caliphs Taman Botani, Ipoh Perak, boleh lawati link di bawah

 
Alhamdulillah ala kuli hal, semoga Allah memberkati majlis dan apa yang telah pihak penganjur sampaikan kepada semua peserta. Semoga kita dapat bertemu lagi di KONWANIS akan datang, insyaallah. 

No comments:

Post a Comment